Pages

11 April 2012

Apa itu COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) "Sistem Respiratori "?


Sistem Respiratori (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)


 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan dan epidemiologi

Penyakit sistem pernafasan COPD merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan dan merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital. COPD disebabkan penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.
Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan menyebabkan kematian.



Apakah tanda-tanda dan gejala COPD?

Ia bergantung kepada peringkat penyakit:
  • Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana/rehat
  • Batuk berkahak berpanjangan
  • 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti sederhana
  • Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak kaki

Apakah risiko mendapat COPD?

Risiko adalah:
  • Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi sekiranya individu kerap merokok
  • Perokok pasif
  • Pencemaran udara
  • Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif
  • Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk
  • Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency

Matlamat rawatan COPD

Matlamat rawatan COPD adalah untuk:
  • Meningkatkan kualiti kehidupan tanpa masalah pernafasan
  • Mengurangkan kerosakan pada paru-paru
  • Mencegah dan merawat komplikasi jantung bengkak
  • Memanjangkan jangka hayat
  • Mengurangkan serangan pernafasan dan kemasukkan ke hospital

Rawatan untuk COPD :

Pendidikan

  • Berhenti merokok kerana ia dapat mengurangkan kerosakan paru-paru.
  • Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun individu tersebut kerap merokok sebelumnya

Ubat-ubatan

  • Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat mengurangkan ketegangan otot licin bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi. Kebaikan mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak cepat dengan kurang kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti Neulin SR, Theudor dan Euphylline.
  • Penggunaan Kortikosteroid adalah penting semasa serangan pernafasan. Ia boleh didapati dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan. Contoh alat sedut adalah becotide, beclofort dan becolmet
  • Antibiotik - 'broad-spectrum' antibiotik selalu digunakan
  • 'Mucolytic agent' untuk mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan. Pesakit tidak digalakkan mengambil ubat yang menahan batuk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jus MonaVie dirumuskan dalam bentuk jus dengan campuran acai untuk membantu anda mengekalkan cara hidup sihat dengan lebih aktif. Monavie merupakan gabungan buah acai berry serta 18 jenis buah buahan terpilih dan terbaik di dunia dalam membekalkan daya tenaga secara optima untuk badan kita. Kandungannya mempunyai unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient yang amat berkhasiat.

2 comments:

About

 

Blogger news

Blogroll

The Star Online: Health